Alhamdulillah, lama rasanya tak update blog. busy sampai takde masa nak bukak. bila check rating viewers. ramai jugak yang baca sebenarnya blog aku ni. padahal buat saja-saja je. pasal aku suka menaip. tak adventure la tulis dalam buku acah-acah diary. tak feeling.
harini aku berpeluang untuk update satu entry pasal entry kali ni special sangat! not for someone special or what. just bagi personal entry ni sangat bermakna untuk aku luahkan. so for those yang baca harapnya memahami disamping boleh ambik mana yang boleh dijadikan sumber insprasi/kekuatan.
cuba baca tajuk entry kali ni. " Allah Maha Adil "
harini ada satu berita gembira dari seorang kawan, yang mana dia telah mendapat " kad tauliah/ceramah " dari MAIS! guest what.. dia dah jadi Ustazah pun! dah kerja tetap pun tau!
ya Allah saat aku baca post dia dekat Fb. aku rasa apa yang dia rasa. Gembira. Happy. Bersyukur takterhingga.
dan untuk pengetahuan korang, berbekalkan SMA, SPM dia mampu mengorak langkah lebih jauh dalam diam. dia takberpelajaran di Universiti pun. saat orang sekeliling dia semua belajar ke peringkat universiti. dia hanya di kampung. kerja sebagai guru mengaji di tempat kami. and masa tu aku rasa apa dia rasa.
sebab apa aku cakap "aku rasa apa yang dia rasa"
well taksemua orang akan senantiasa berjaya dalam hidup dia. DAN aku juga pernah mengalami zaman kejatuhan dalam hidup aku. when i was 19/20. pertama kali dalam hidup aku diuji! yes.
start 19/20 aku diuji dengan ujian yg aku sendiri takpernah expect. ya Allah masa tu, hanya Allah, family je tahu betapa sedih, kecewa yang aku rasa. aku ngaku yang aku tidaklah sado untuk hadap/terima ujian masa tu. even sampai kenapa aku? apa yang aku buat. itu dan MASA tu jugak. baru kau akan realize siapa sebenarnya KAWAN/LAWAN.
jangan cakap lah kalau orang pandang rendah/pandang serong. aku masih ingat lagi siapa mereka. tapi, hari demi hari aku baiki perjalanan hidup aku. aku bangkit even dalam hati masih rapuh. aku memang nampak sado depan family/kawan. sampai tahap aku dah lali.
apa yang aku rasa, apa yang aku berduka. semua aku lepaskan pada Dia. aku ngadu/bercerita. then what i realize thats make me very closer to Him :) very! and from this site, aku bersyukur kerana aku dipilih oleh Allah untuk ditimpa ujian. bukan ke setiap ujian yang Allah bagi tu tandanya Dia sayang pada kita.
dan setiap dugaan/ujian itu pasti ada hikmah. aku makin matang dalam berfikir, aku tahu macam mana nak lalui, macam mana nak handle dunia luar. ketika aku berserah, redha dan tawakal. Allah hadirkan sebuah hadiah.
ya Allah macam mana manisnya makan kurma. diibaratkan. macam tu juga manisnya segala dugaan segala ujian yang Dia bagi. setiap kegelapan pasti ada cahaya. pasti ada pelangi yang menerangi di esok hari. manisnya sebuah hadiah dari Allah melebihi segalanya.
dan paling the best sebenarnya, orang yg pernah jatuh dalam hidup dia ni. dia tahu macam mana nak baiki kejatuhan dengan kemenangan. means like zaman kejatuhan tu mengajar kita untuk buat lebih baik! and apa yang aku belajar. jangan sombong! jangan bongkak! jangan bangga dengan apa yang kau ada/kejayaan kau.
aku tanamkan pesan pada diri aku untuk sentiasa pandang ke bawah. lihat orang yang lebih payah dari kita. lagi-lagi zaman belajar ni. tips nak maintain tu masyaAllah. berat. apa yang boleh, doa usaha tawakal. dan percaya yang Allah sentiasa ada disisi :))
p/s ; see you when i see you.
Comments
Post a Comment