Skip to main content

Disebalik Hujan Terbitnya Matahari dan Hadirnya Pelangi.

Hidup ini indah...
andai kita memandang dan melihatnya dengan indah..

Hidup ini derita...
andai kita memandangnya sebagai satu penderitaan yang tak berkesudahan..
Bila diri di landa duka yang melemahkan iman dan semangat..
Renungkan kembali kata2 cinta Allah tentang kenapa kita diciptakan di bumi ini..
Demi menenangkan hati yang celaru :(
Demi mencari kembali hakikat tujuan kita diciptakan..
Supaya kita sedar akan tugas yang perlu kita laksanakan di muka bumi ini..
Dan tidak akan lalai dengan apa yang selainnya di dunia ini..
“ Dan tidak AKU menciptakan jin dan manusia..melainkan hanya untuk beribadah kepada AKU “
( Adz-Dzariyat 51:56 )
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta..”
( Al-Ankabut, ayat 2 & 3 )

Sering kali kita terdengar luahan rasa insan yang berputus asa ketika diuji. Ada ketikanya, mereka mencari penyelesaian yang salah, mencederakan diri sendiri, menyakiti diri sendiri, menyeksa diri sendiri dan seumpamanya. Ada jua yang sering menyalahkan takdir yang menimpa diri, mengatakan ketidakadilan terjadi terhadap mereka, memikirkan tiada yang menyayangi diri mereka, termasuklah Allah yang difikirkan tidak pernah memihak pada kehendaknya. Ada jua yang memikirkan mati jalan penyelesaian bagi penderitaan yang dihadapi. 

Pabila iman di dada semakin tipis, aqidah yang dipelajari sedari kecil semakin pudar, yang tinggal hanya desakan nafsu dan hasutan syaitan. Inilah yang akan terjadi.
Ini bukan sekadar kata-kata kosong. Kata-kata yang tidak memahami tapi adalah kata-kata dari kisah yang benar. Kerana diri ini jua pernah mengalaminya dan melihatnya sendiri sewaktu ketika dahulu. Mujur, saat dugaan datang menyapa, iman diri walaupun menipis, masih lagi ada saki baki iman kekal teguh di jiwa yang menghindarkan dari melakukan perkara-perkara yang buruk.
APA TINDAKAN KITA KETIKA MENGHADAPI UJIAN HIDUP?
BUNUH DIRI ATAU SOLAT TAUBAT?
MENANGIS dan MERAUNG ATAU BERDOA?

Menangis, meraung, marah, mengamuk benda yang selalu dilakukan untuk mengekspresikan rasa di dalam hati. Tapi percayalah, air mata yang jatuh di atas sejadah itu lebih baik dari air mata yang jatuh di atas bantal. Mendiamkan diri itu lebih baik dari memaki hamun. Tersenyum itu lebih baik dari muka yang masam mencuka. Kerana itu lebih mententeramkan jiwa yang sedang bergelora.
Janganlah cepat berputus asa dalam meniti ujian yang mendatang. Janganlah mencari salah siapa atas dugaan yang menimpa. Redhakan lah diri. Lapangkan hati. Bukakan lah minda. Terima ketentuan setiap yang terjadi. Yakinlah dengan setiap hikmah yang ada. Kukuhkan lah kesabaran dalam jiwa :)
“Janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya dialah yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani..”
(Az-Zumar 40:53)

Teringat satu ketika dulu, pabila diri dihimpit dengan rasa sedih yang teramat sangat, waktu itu hanya air mata jadi peneman yang setia. Tak berhenti-henti tangis dari pagi sampai malam. Sehingga menyebabkan mata tak dapat dilelapkan, makanan pun tak dapat ditelan. tika itu aku diuji sungguh dasyat. pertama kali berlaku dalam kehidupan aku.
Tiba-tiba hati tergerak dan terasa ingin mengambil wuduk. Lalu langkah kaki diatur. Sejadah dibentang. Lalu solat sunat dilaksanakan. Tangan ditadahkan. Segalanya diadukan kepada-Nya. Hati diserahkan 100% dan dihadapkan kepada-Nya. ya, disitu aku melepaskan segalanya. segala keluhan. segala ketidak puashati.
Air mata tumpah sekali lagi. Dan air mata itu berhenti tatkala tertidur di atas sejadah itu dengan diri yang masih lengkap bertelekung. Bila terjaga dari tidur, hati terasa lapang, tenang, kegelisahan yang melanda hilang begitu sahaja. Bibir sudah mampu mengukirkan senyuman. Keputusan terhadap permasalahan diambil dengan mudah dan tegas tanpa ada apa-apa yang mampu mengugat keyakinan diri lagi. Tatkala itu hidayah mula datang mengusik hati nurani. Diri mula sedar akan hakikat kata-kata yang sering didengar..
“Dengan mengingati Allah, jiwa pasti akan menjadi tenang”

Dugaan dan ujian itu adalah penyeri kehidupan kita. Itulah hakikatnya. Tersenyumlah ketika dirimu diuji. Kerana ketahuilah, dengan diuji, kita tahu bahawa Allah masih mengambil berat tentang kita. Tak mengabaikan kita dan menyayangi kita. Lalu kita diuji untuk Dia mengetahui tahap keimanan diri kita terhadap-Nya. Untuk Dia ketahui tahap kita mencintai-Nya. Ujian jua untuk menguji kesabaran kita dalam menghadapi musibah yang menimpa.
Tanpa ada ujian, tiadalah serinya hidup kita. Terasa pudar dan hambar tanpa ada sebarang cabaran untuk kita hadapi. Kegembiraan itu hanya dapat dirasai apabila kesedihan berlalu. Bahagia itu datang pabila derita dapat diatasi. Dugaan dan ujian ini juga untuk mengajar kita supaya berfikir dan menjadi lebih kuat dan tabah dalam menjalani kehidupan harian di dunia ini.
Betapa halus cara Allah mendidik kita agar kita tak terleka dalam menghadapi dunia yang fana ini. Carilah hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap kejadian kerana yakinlah dugaan yang datang bukan untuk menghukum tetapi untuk membimbing diri kita!! Jadi jelaslah sekarang cara yang paling sesuai ketika menghadapi dugaan hidup adalah menyerahkan hatimu kepada Allah. Mohonlah perlindungan dan bantuan-Nya. 
Kerana Allah itu Maha Mendengar dan Maha Mengetahui segala yang tersirat di dalam nuranimu. Allah jua yang mampu menbantu kita kerana Allah itu Maha Berkuasa.
(p/s: “bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu, yang menciptakan segalanya, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit hatimu, yang membuatkan keinginanmu terhalang, serta menyusahkan hidupmu..pasti akan damai lah hatimu, kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia? bukan Allah tak tahu deritanya hidupmu, retaknya hatimu, tapi mungkin itulah yang Dia mahu kerana Dia tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan lebih mudah untuk dekat dan akrab dengan-Nya..”)


Allahu :( semoga entry kali ini dapat mengubati hati yang lara. dapat kembalikan semangat yang jatuh. sesungguhnya ujian diberikan tanda Allah sayang pada kita. bersyukurlah walau pahit. and the end, pasti ada hikmahnya. inshaAllah :) bertabahlah kawan2 ku...

Comments

Popular posts from this blog

Teacher Tadika Little Caliph Alam Nusantara, Setia Alam

                                harini aku nak share pasal kindy pulak. sebab harini aku rasa happy. terharu and sedih and rindu dekat kindy. so entry tuk interview di upsi tu, later aku share eh. i promise. aku excited no nak cegita kat kome2 ni. HEHE "TEACHER TADIKA" aku pernah kerja selama 6 bulan. dekat LC alam nusantara setia alam. ramai tanye macam mane aku apply keje ni. cari keje ni. weh, sekarang dah maju. semua google. yes. google banyak membantu aku. masa ni lepas STAM, godek2 google cari kerja kosong as teacher. Alhamdulillah rezeki dekat sini. hantar resume bagai. then principal call a.k.a ticer mami suruh datang lapor diri 30 december 2013. daftar awal tuk sesuai kn diri dekat kindy and ticer lain. dan lagi yang bestnya. kindy ni kindy baru bukak area setia alam. so semua baru, semua tantek ah. time tu dua ticer je principal nak. aku and sorang lagi tu umo 22. ticer lin. so macam ak...

Sedetik Bersama

senang? bukan senang nak senang. eh? *tetiba bukan apa. entry kali ni pasal reunion yang takberapa nak reunion sangat la kan. sedetik bersama. walaupun sementara. itu sudah memadai. ini idea daripada Sis Aimi. asalnya nak buat bacaan tahlil, yaasin untuk arwah fatin iqmal dengan bebudak samtaj je. tapi memandangkan takde siapa nak conduct. lebih baik kita gabung dengan budak Stam. even takramai. pasal orang banyak balik kampung. name pun musim cuti. no wonder lah. tapi inshaAllah dgn ada niat yang baik. alhamdulillah Allah permudahkan. semua berjalan dengan lancar. tapi kebanyakan budak samtaj yang join. dorang lebih dekat, lama mengenali arwah. bebudak Stam pulak hanya mengenalinya sebentar sebelum arwah dapat panggilan, tawaran belajar di Jordan. keperibadian arwah? aku bukanlah seorang yang paling rapat dengan arwah. pasal arwah budak asrama. aku budak luar. jadinya time waktu persekolahan je jumpa. dan kitorang satu kelas dari tingkatan 4 dan tingkatan 5. a...

Temuduga Bahasa Arab di Upsi (degree)

nampaknyaa harini aku terlebih rajin la awaa2 semua. HAHA gedikkkk~ disebabkan raya nak dekat la hati ku girang gembira sampai nak buat dua post dalam satu hari ni. nak cerita temuduga ni complicated sikit ah. bukan apa. just kena bukak buku. study balik jaa. HEHE                          haritu ujian medsi tengahari. laa ni temuduga petang pulak. aku dapat pukul 2 petang-5 petang. tempat pulak dekat kampus baru tu laa kan. azlan shah. bagi aku tempat baru ni meriah sikit. bangunan lawa2. tersusun and colourfull. HAHA tempat aku ni dekat sangat dengan surau/masjid. masjid pun besar. selesa siap ade wifi kau. HEHE. bilik 5, block 8 fakulti pendidikan dan pembangunan manusia. dengan block ni taksemestinya ada bilik aku tu ja. hok dari bilik 1 sampai bilik 8 tau. memang ramai. lagi malu kalau datang lambat. sebab kita kene melalui corong2 laluan tu. imagine la korang caner eh. bilik 5 untuk pengetahuan semua. ...